Keluarga SMF FBM :)

kali ini saya ingin mengetengahkan apa yang saya dapat hampir dua semester saya di Uitm Puncak Alam.Saya dapat ukhwah yang seakan-akan keluarga disana. Di mana saya memasuki Sekretariat Mahsiswa Fakulti. Tanggungjawab yang dipikul dan amanah yang diberi amat berat. Gambar di atas merupakan sebahagian daripada ahli keluarga kami.Di sana aku perolehi kasih sayang dan semangat kerjasama yang sangat kuat. Saya sedih, menangis, ketawa dan gembira ataupun di bendung masalah, semua saya kongsi bersama mereka.Pelbagai program dan aktiviti kami buat bersama. Suka dan duka banyak kami tempuhi bersama. Semester hadapan aku akan berpisah dengan mereka. Mungkin payah untuk aku berdiri dengan sendiri di tempat baru nanti. Mungkin aku sudah terbiasa dengan mereka semua. Aku terus kuat dan terus berdiri dengan adanya kata-kata dorongan daripada mereka. Sudah berapa banyak kali aku jatuh dan tumbang,berapa banyak air mata mengalir kerana aku sudah lemah dengan dugaan dan cabaran. Merekalah yang memeberi kata-kata semangat agar aku dapat tempuh dengan jayanya. Mungkin payah dan sulit untuk aku keseorangan nanti sebab aku sudah terbiasa dan dibiasakan dengan kehadiran mereka disisi. Tapi aku akan cuba untuk berdiri kerana aku tahu yang aku tidak akan keseorangan disana nanti.Allah kan ada selalu untuk aku. SMF telah mengajar aku banyak perkara positif yang dapat dibentuk dalam diri aku. Terima kasih SMF FBM kerana telah banyak membantu dans elalu ada disisi aku saat susah dan senang serta nangis dan tawa. :)
Older Post . Newer Post
Cutely Made by : Ieka Salju | Cute BG : AtiQah
Owned by : CIK JEMARI!
Best View in Google Chrome

Owned by : cIK JEMARI!
Best View in Google Chrome